fbpx

Cuaca buruk landa Sabah, Sarawak hingga 31 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak sehingga 31 Ogos 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Labuan, barat Sabah serta tengah dan selatan Sarawak.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia.

“Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI