JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia pernah ditegur rakan sekerja kerana bau badannya yang busuk, lapor portal berita Wolipop semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mamadankai, wanita itu menunjukkan sekeping kad yang diterima.
Dia diminta untuk memakai deodoran dari rumah sebelum pergi bekerja dan disarankan untuk tidak hanya memakai pewangi badan.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 3.6 juta tontonan bersama 203,600 tanda suka.
“Selagi dia (rakan kerja) tak tegur secara umum, ia adalah baik kerana teguran itu demi kebaikan diri anda,” kata seorang netizen.
“Yang menulis itu, bahasanya begitu sopan. Dia adalah orang yang peduli tentang anda,” kata netizen lain. – AGENSI