fbpx

‘Bukan pijak semut tak mati, tapi melampau tuduh saya kaki pukul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA berang apabila segelintir netizen sewenang-wenangnya melabelnya kaki pukul.

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose berang apabila terdapat segelintir individu melabelnya sebagai kaki pukul susulan dakwaan dia mencederakan seorang bekas pekerja baru-baru ini.

Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, tuduhan sebegitu dianggap melampau namun, tetap menegaskan tidak pernah melabel dirinya sebagai individu yang baik sebelum ini.

“Saya tak pernah label diri sendiri baik, lembut, pijak semut tak mati atau sebagainya dan semua itu pandangan anda terhadap saya.

“Saya baik dengan orang yang buat benda sama dengan saya. Orang buat jahat dengan saya pun, saya boleh berdiam diri lagi.

“Tetapi, kalau sampai fitnah saya kaki pukul penumbuk semua itu, saya rasa sudah melampau,” katanya dalam Instagram.

Tangkap layar luahan perasaan Uqasha yang difitnah netizen sebagai seorang kaki pukul. – INSTAGRAM

Katanya, mana-mana pihak boleh mencipta situasi sendiri termasuk dirinya tetapi semua itu harus dikemukakan dengan bukti yang kukuh.

“Seperti saya cakap, kalau hanya bercakap sahaja tidak ada guna.

“Saya juga boleh reka dan buat apa sahaja diingini ketika ini, tetapi bawalah sekali bukti.

“Mungkin dengan gambar atau pergi terus buat laporan polis. Bukan selepas tujuh hari baru nak buat laporan,” ujarnya.

Terdahulu, Uqasha mendedahkan ‘tembelang’ pembantu peribadi yang tidak sedar dek untung apabila individu terbabit menuduh melakukan serangan fizikal sewaktu berkhidmat dengannya.

Tidak gentar dengan segala tuduhan, dia menegaskan mempunyai segala kukuh bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan o

wanita berkenaan.

Lebih teruk, Uqasha mendakwa pembantu peribadinya itu pernah ‘menceroboh’ bilik tidurnya tanpa kebenaran malah mengetahui di mana tempat penyimpanan wang.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen dalam media sosial.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia tidak tergamak melakukan hal sebegitu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI