fbpx

6 mati minum arak beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKURANG-kurangnya enam orang mati selepas minum arak bercampur dengan metanol di Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK – Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 20 lagi dimasukkan ke hospital di Thailand selepas minum arak bercampur metanol, kata pihak berkuasa semalam.

Kematian berlaku sebahagian besarnya di daerah Khlong Sam Wa, pinggir barat laut Bangkok, di mana pihak berkuasa menemui 19 kedai arak haram di tepi jalan, kata pihak pentadbiran Bangkok.

Enam orang meninggal dunia di hospital, manakala 22 lagi dalam keadaan kritikal pada pagi semalam, kata Pentadbiran Metropolitan Bangkok dalam satu kenyataan.

“Selepas minum (arak), bapa saya berkata bahawa perkara seterusnya yang diingati adalah dia berada di unit rawatan rapi (ICU),” kata salah seorang keluarga mangsa kepada portal berita Thai PBS.

Pegawai tertinggi tempatan di daerah Khlong Sam Wa, Somwang Chaiprakraiwan berkata, pihak berkuasa telah membanteras kedai arak haram di kawasan itu.

“Polis dan jabatan eksais telah menangkap dan menahan mereka,” kata Somwang kepada AFP.

Arak terlarang sering dicampur dengan metanol untuk meningkatkan potensinya tetapi ia boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI