fbpx

Vokalis kumpulan nasyid Saujana dianugerahkan gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Idzu yang merupakan anggota kumpulan Nasyid Saujana dianugerahkan gelaran Datuk.

KUALA LUMPUR – Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga usahawan, Dr. Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, semalam.

Dr. Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.

“Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.

“Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.

“Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan,” katanya.

Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. sejak 13 tahun lalu, berterima kasih atas penganugerahan diberikan.

“Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini,” katanya.

Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr. Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

Menariknya juga, Dr. Idzu masih aktif dalam bidang muzik.

Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI