fbpx

[VIDEO] Petai, jering ada ulat dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis merampas buah petai dan jering yang didapati mengandungi ulat Mussidia pectinicornella di laluan Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, semalam. -IHSAN Maqis

PORT DICKSON – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas buah petai dan jering yang didapati mengandungi ulat mussidia pectinicornella di laluan Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, semalam.

Pengarah Maqis Melaka dan Negeri Sembilan, Nora Dinah Abdul Rahman berkata, tindakan dibuat ke atas kemasukkan sekotak buah jering dan petai seberat empat kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM200 dari Dumai, Indonesia.

“Produk pertanian tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengimportan yang sah seperti sijil fitosanitasi atau pengesahan bahawa rawatan atau keperluan-keperluan yang dinyatakan di dalam permit import telah dipatuhi.

“Melalui pintasan dan persampelan. yang dilakukan juga, buah petai dan jering tersebut didapati mengandungi ulat mussidia pectinicornella yang berisiko kepada komoditi pertanian di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI