fbpx

Udang melompat tikam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menangis selepas dia diserang seekor udang (kiri). - Foto @marcowatts_/Instagram

BEIJING – Satu rakaman video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis kerana diserang oleh seekor udang ganas di sebuah restoran di China, lapor portal berita Wion News semalam.

Wanita itu dilihat sedang duduk dan cuba memasukkan seekor udang hidup ke dalam periuk panas berisi makanan laut lain. 

Tiba-tiba, udang itu melompat keluar tetapi wanita tersebut dapat menangkapnya semula dengan menggunakan kayu sepit.

Bagaimanapun, udang itu kembali ‘melompat’ dan melekat pada lengannya. Wanita itu kemudian menjerit kesakitan akibat ditusuk udang tersebut.

Seorang lelaki menghulurkan bantuan untuk memisahkan udang daripada wanita itu. 

Pengguna TikTok mendapati kejadian hidupan laut menyerang wanita itu sebagai melucukan. 

“Udang kata awak cederakan saya, saya cederakan awak balik,” tulis seorang netizen.

Sebilangan netizen menyatakan bahawa hidupan laut itu adalah udang lipan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI