fbpx

Transformasi perkhidmatan awam dalam 100 hari pertama pelantikan – KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Azri ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama di Kompleks Setia Perdana, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dijangka mengumumkan transformasi perkhidmatan awam sepanjang 100 hari pertama selepas dilantik ke jawatan itu pada 12 Ogos lalu.

Beliau berkata, rangka kerja perubahan itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat sokongan daripada kesemua ketua setiausaha kementerian.

Katanya, antara perubahan terbesar bakal dilaksanakan ialah kajian semula pelbagai misi agensi kerajaan di luar negara yang boleh digabung selain penilaian semula ratusan undang-undang dan peraturan lapuk melebihi 20 tahun.

Begitu juga katanya, langkah penjimatan belanjawan tahunan bagi mengelak pembaziran serta pertukaran kakitangan yang bertugas selama lebih tujuh tahun di sesuatu tempat.

“Kalau boleh awal, saya akan bentang lebih awal namun apa yang penting ialah kita mahu perkhidmatan awam sentiasa relevan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Sijil Pelantikan Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI