fbpx

[VIDEO] ‘Terima kasih kak layan anak kami dengan baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kemesraan seorang pengawal keselamatan dan seorang murid autisme.

PETALING JAYA – Sikap sabar seorang pengawal keselamatan wanita di sebuah sekolah yang ikhlas melayan kerenah murid autisme mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian wanita tersebut di TikTok @Cik NaNaaa, kelihatan seorang murid autisme bergurau senda dengannya sambil memujinya cantik.

“Anak autisme ni kan, nak marah pun macam tulah, tak nak marah pun macam tulah.

“Macam nilah anak autisme, kat sekolah sini ramai anak-anak autisme,” kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang memuji dan berterima kasih kepada wanita itu kerana sabar melayan kerenah anak-nak autisme.

“Terima kasih kak layan anak kami dengan baik, banyak pahala kak layan kerenah anak istimewa,”kata syaziatul Izah.

“Tak semua orang boleh layan anak autisme baik macam ni lebih-lebih lagi kalau bukan bukan anak sendiri. Terima kasih kak sebab beri layanan baik kepada anak-anak autisme,”kata Faziraraa Iman.

“Comel je dia kacau akak, nampak sangat kak baik melayan mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi akak,” kata Atok1806.

Video berdurasi 25 saat itu mendapat 19,000 tanda suka dan ditonton sebanyak 426,000.- KOSMO! ONLINE

@ciknanaa_tiktokshopMei kei oo mei kei,kau buli anti nana ya😩layan jer risau tk layam moody dia mai satu kolah ni kecoh dia nangis.

♬ bunyi asal – Cik NaNaa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI