fbpx

Tanah jerlus: Operasi SAR tangguh akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah jerlus yang berlaku di sekitar Jalan Masjid India, Jumaat lalu. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan seorang wanita warga India yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India ditangguhkan sementara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, penangguhan itu ekoran hujan lebat di kawasan kejadian sejak pukul 7.30 malam.

Katanya, kerja-kerja tersebut akan bersambung pada esok selepas kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan dengan memfokuskan kerja-kerja pencarian di kawasan end point iaitu loji di Pantai Dalam.

“Bagaimanapun, hasil daripada pencarian tersebut adalah negatif.

“Pasukan SAR juga sedang dalam tindakan memecahkan dinding ‘manhole’ di lokasi kejadian untuk mendapatkan jarak penglihatan (visibility) yang lebih jelas dalam lurang kumbahan itu,” katanya.

Kata kenyataan itu, kerja-kerja pencarian melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di kawasan sekitar Masjid India digunakan untuk menilai keadaan tanah.

“Sementara kaedah GPR yg sama oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) digunakan di sekitar kawasan lubang benam.

“Kerja-kerja survei oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bermula dari pintu gerbang Masjid India ke hadapan kawasan masjid di mana kerja tinjauan melibatkan 65 meter,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI