fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Pencarian Vijayaletchumy tumpu kawasan ‘end point’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR Vijayaletchumy memasuki hari keenam hari ini.

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijayaletchumy, 48, hari ini difokuskan di loji Pantai Dalam, di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, kerja-kerja ‘flushing’ dan pemeriksaan fizikal ke setiap ruang yang berkemungkinan menyebabkan mangsa tersangkut.

“Pada hari ini, pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja di kawasan ‘end point’ di loji Pantai Dalam dengan meneruskan kerja-kerja flushing dan pemeriksaan fizikal ke setiap ruang yg ada kemungkinan mangsa terperangkap.

“Pasukan SAR telah melaksanakan kerja ‘jetting’ dan pemeriksaan saluran paip kumbahan dan manhole sehingga jam 6.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerja ‘jetting’ memecahkan debris berjaya bagi mengeluarkan sebarang halangan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan menggunakan ‘push rod’ dan ‘crawler camera’ di manhole 1 ke manhole di hadapan Wisma Yakin bagi mengesan kebarangkalian lokasi mangsa adalah negatif,” ujarnya.

Difahamkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dijangka turun melawat loji Pantai Dalam hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Indah Water Konsortium (IWK) melakukan pemecahan serpihan sejauh 69 meter dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang hilang dalam kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India sejak Jumaat lalu.

Operasi pemecahan serpihan itu dilakukan menggunakan ‘jetter’ bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke lurang kumbahan hilir. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI