fbpx

‘Syamsul sedia lepaskan dia hari ini, tapi Ira tak datang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul dan Ira tidak menghadirkan diri pada sebutan kes perceraian mereka hari ini.

GOMBAK — Pengarah sensasi Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar masing-masing tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Selangor hari ini bagi sebutan kes perceraian mereka.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd. Rais.

“Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

“Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya.

“Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Susulan itu, Azmi berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.

“Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini Ira tak setuju, pasangan tersebut perlu melalui prosedur JKP (Jawatankuasa Pendamai),” katanya.

Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.— KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI