fbpx

Syamsul dinasihat untuk tidak hadir ke mahkamah – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul dan Ira

GOMBAK – Peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya bersedia untuk melafazkan cerai terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Bagaimanapun pada sebutan kali pertama hari ini peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili pelakon berusia 40 tahun itu berkata, oleh kerana Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin tidak hadir ke mahkamah menyebabkan lafaz berkenaan tidak dapat dibuat.

Berikutan ketidakhadiran Ira, 29, selaku defendan, Azmi menasihati anak guamnya supaya mengambil pendekatan yang sama untuk tidak hadir ke mahkamah.

Terdahulu Azmi memaklumkan kepada mahkamah defendan (Ira) telah melantik peguam syarie untuk mewakilinya dalam kes itu.

“Difahamkan defendan telah melantik peguam dan dimaklumkan malam tadi yang Ira tidak akan hadir hari ini. Disebabkan itu, saya juga menasihatkan plaintif untuk tidak hadir walaupun dah bersedia untuk lafaz cerai pada Ira.

“Saya tidak pasti Ira setuju dengan permohonan perceraian ini, oleh itu saya mohon mahkamah tetapkan tarikh lain untuk dapatkan penjelasan (sama ada Ira setuju bercerai atau sebaliknya,” ujar Azmi.

Mendengar perkara itu, Pembantu Perundangan, Ahmad Fuad Borhan yang hadir bagi pihak peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd. Razak yang mewakili Ira mengesahkan pelantikan tersebut.

“Kami telah failkan wakalah (surat lantikan peguam) tengah hari tadi beserta notis pemakluman kepada peguam plaintif,” katanya.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din menetapkan 25 September ini bagi sebutan semula kes cerai itu.

Sebelum ini, Azmi mengesahkan hari ini sebagai sebutan kali pertama kes cerai yang difailkan oleh pengarah Syamsul terhadap isterinya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI