fbpx

RM2.5 juta naik taraf hidup penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

SEPANG – Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM2.5 juta untuk pelbagai kemudahan dalam meningkatkan taraf hidup Orang Asli di Kampung Orang Asli Kelinsing, di sini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, peruntukan itu bagi memenuhi keperluan penduduk kampung melibatkan pembinaan semula balai budaya, kantin, tandas awam serta mewujudkan ruang niaga baharu dalam kawasan kompleks budaya kampung tersebut.

Katanya, sebagai nilai tambah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga akan membina sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi membantu merapatkan jurang digital.

“Pusat ini boleh bertindak dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa bertemu masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing yang juga merupakan kampung angkat Kementerian Komunikasi di bawah Program Kampung Angkat Madani.

Terdahulu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sewaktu ucapan Belanjawan 2024 mengumumkan bahawa kerajaan memperkenalkan Program Kampung Angkat Madani yang memberikan tumpuan kepada melengkapkan kemudahan asas termasuk Internet di kawasan desa yang terpinggir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI