fbpx

Ribut petir di 5 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, hujan lebat diramal di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.

Selain itu, di Terengganu kawasan yang dijangka ribut petir adalah Setiu manakala Pahang melibatkan Pekan dan Rompin.

“Di Sarawak, kawasan yang diramal cuaca buruk pula adalah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau),” katanya.

Ujarnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI