IPOH – Perubahan corak iklim mutakhir ini, intensisi dan jangkaan hujan merupakan antara faktor utama menjadi pencetus bencana banjir, tanah runtuh serta fenomena kepala air.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan agensi dan kementerian lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk bencana dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi banjir.
“Kita akan memberikan kerjasama dan bersedia apabila berlakunya tanah runtuh, banjir, banjir lumpur dan kejadian kepala air.
“Sekarang corak cuaca sudah berbeza yang menyebabkan intensisi dan jangkaan hujan sukar dijangka,” katanya semasa sidang akhbar Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE