fbpx

Penyerang £65 juta Spurs rehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLANKE (tengah) mengalami kecederaan ketika menentang Leicester minggu lalu. - SPURS OFFICIAL

LONDON – Tottenham Hotspur kini ditimpa masalah selepas penyerang baharu mereka, Dominic Solanke disahkan mengalami kecederaan buku lali dan dijangka berehat kira-kira lima minggu.

Solanke mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Leicester City minggu lalu.

Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou mengesahkan bahawa kecederaan Solanke tidak terlalu serius dan hanya terlepas beberapa perlawanan dengan harapan dapat diturunkan menentang Newcastle pada 1 September nanti.

“Dia (Solanke) masih mempunyai peluang untuk bermain dalam perlawanan menentang Newcastle pada 1 September tetapi ia bergantung kepada tempoh pemulihannya,” kata Postecoglou.

Spurs telah mengikat Solanke dengan yuran perpindahan mencecah £65 juta (RM373.95 juta) daripada Bournemouth dan meletakkan harapan tinggi agar penyerang berusia 26 tahun itu dapat menjadi mesin gol utama mereka dalam kempen musim ini.

“Dia sangat bagus ketika menentang Leicester dan saya tidak ragu-ragu tentang kemampuannya bersama pasukan ini.

“Solanke hanya terlepas satu atau dua perlawanan dan selepas ini dia akan bermain lebih daripada 50 perlawanan. Dia di sini dengan harapan untuk jangka masa panjang dan untuk memberi impak sebenar di kelab ini serta membawa kejayaan,” tambah Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI