fbpx

Palestin pilih KL venue ‘home’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Palestin sudah tiba di Kuala Lumpur untuk menjalani latihan sebelum berdepan Korea Selatan di Seoul 5 September nanti.

SKUAD kebangsaan Palestin mengambil keputusan untuk ‘asah taring’ di Kuala Lumpur (KL) sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan di Seoul pada minggu depan.

Pasukan ranking ke-96 dunia itu sudah tiba di Kuala Lumpur kelmarin bagi menjalani kem latihan pusat di tanah air memandangkan keadaan negara itu masih bergolak susulan konflik peperangan dengan rejim Israel.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya diberi mandat dalam operasi dan teknikal, termasuk kem latihan pusat pasukan Palestin di Kuala Lumpur bermula semalam.

“Palestin akan turun menjalani latihan di Kuala Lumpur selama lima hari sebelum terbang ke Seoul bagi perlawanan pertama menentang Korea Selatan di Seoul pada 5 September nanti

“Mereka kemudian akan terbang kembali ke Kuala Lumpur bagi menghadapi perlawanan kedua menentang Jordan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada September 2024.

“Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) telah memilih Malaysia sebagai venue untuk gelanggang home mereka bagi perlawanan bertemu Jordan,” kata kenyataan tersebut.

Palestin sebelum ini mencipta rekod apabila lolos ke pusingan kelayakan Piala Dunia buat kali pertama sejarah.

Skuad kendalian Makram Dabboub diundi dalam Kumpulan B bersama beberapa pasukan seperti Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi venue neutral bagi aksi pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2018 melibatkan Syria dan Australia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI