fbpx

‘Nampak macam baby bump’ – Neelofa hamil anak ketiga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa kini dikatakan hamil anak ketiga.

PETALING JAYA – “Rasanya ini gambar ke berapa dah yang rasa Neelofa macam hamil.”

Demikian spekulasi netizen selepas melihat foto terbaharu usahawan selebriti Neelofa yang kelihatan seperti berbadan dua.

Meskipun bukan kali pertama berteka-teki mengenai status kehamilan, ramai teruja selepas melihat perubahan fizikal Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, yang kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

“Macam baru sahaja umum Abbas dilahirkan. Alhamdulillah rezeki lagi,” kata peminat.

“Dah nombor tiga ya, tidak sempat nak kejar,” seloroh pengikut.

“Nampak macam ‘baby bump’,” tutur peminat lain.

Bagaimanapun, ada yang menolak andaian tersebut dengan mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu masih belum mendapat bentuk badan asal selepas melahirkan anak keduanya tahun lalu.

“Perut Neelofa tak kempis lagi bagilah dia masa. Asal timbul sahaja terus cakap hamil,” ujar pengikut.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI