fbpx

NACSA akan buat pelantikan semula entiti NCII

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Zuhairy ketika sesi libat urus berhubung Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) dan Semua Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber di Ibu Pejabat NACSA, Cyberjaya, baru-baru ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

CYBERJAYA – Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dijangka akan membuat pelantikan semula entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) susulan penguatkuasaan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854).

Menurut Ketua Eksekutif NACSA, Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin, berdasarkan pelantikan sebelum ini di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 26, bilangan keseluruhan entiti NCII berjumlah 299.

“Kita akan membuat pelantikan semula entiti NCII dan kita menjangkakan bilangan ini akan meningkat disebabkan kita sudah mengenal pasti kriteria jelas untuk melantik entiti NCII.

“Kita juga telah memberikan kuasa kepada ketua sektor untuk mengenal pasti NCII di bawah sektor masing-masing dan buat masa sekarang ini ada 299 (entiti NCII),” katanya kepada pemberita ketika sesi penerangan berhubung Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) di sini baru-baru ini.

Semalam, media melaporkan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) mula dikuatkuasakan sebagai satu akta untuk meningkatkan keselamatan siber negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan tarikh kuat kuasa akta itu selaras dengan subseksyen 1(2) selaku menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan siber selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI