fbpx

[VIDEO] Muhyiddin tiba di Mahkamah Gua Musang untuk didakwa atas Akta Hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) semasa tiba di Mahkamah Gua Musang, Kelantan sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Muhyiddin yang memakai sut lengkap dikawal ketat polis sebelum dibawa masuk lobi mahkamah kira-kira pada pukul 8.45 pagi.

Beliau sempat tersenyum dan mengangkat tangan kepada pengamal media yang mengambil foto dan videonya.

Hadir sama, pemimpin Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) termasuk Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan PN,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI