fbpx

Motosikal terbakar spontan persis Ghost Rider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan motosikal itu dijilat api di Sukabumi. - Istimewa

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Sukabumi, wilayah Jawa Barat memaparkan sebuah motosikal terbakar secara tiba-tiba ketika sedang bergerak seperti adegan filem adiwira Ghost Rider, lapor saluran berita Detiknews semalam. 

Kejadian berlaku di kawasan Alun-alun Palabuhanratu, sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan).

Rakaman sama menunjukkan orang ramai menyaksikan motosikal itu dijilat api dengan asap tebal menyelubungi ruang udara. 

Seorang saksi kejadian dikenali sebagai Andi berkata, kebakaran yang menyebabkan keseluruhan motosikal berkenaan hangus dipercayai berpunca daripada enjinnya. 

“Motosikal ini datang dari arah Badak Putih ke Jalan Siliwangi. Namun, penunggang tiba-tiba menghentikan motosikalnya kerana melihat percikan api daripada bahagian enjin.

“Orang ramai mula panik dan menjauhkan diri kerana bimbang kenderaan ini akan meletup,” kata Andi.

Pegawai tempatan, Aceng Ismail berkata, kebakaran berjaya dipadamkan, manakala rangka motosikal dikutip oleh pemiliknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI