fbpx

Misi Arif Aiman belum terlunas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF Aiman berjaya meledak satu gol ketika membantu JDT menewaskan Selangor pada aksi final Piala FA Sabtu lalu.

PEMAIN sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tekad untuk tidak terbuai dengan kejayaan yang dikecapi sebaliknya mahu terus bekerja keras menjadi pemain bola sepak yang berjaya.

Menurut Arif, misi untuk jadi terkenal tidak ada dalam kamus hidupnya kerana sasaran yang diletakkan adalah kekal konsisten memandangkan usianya yang masih muda.

“Sasaran yang diletakkan dalam karier saya adalah untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya. Saya tidak mahu jadi terkenal, tetapi pemain yang berjaya satu hari nanti,” katanya dalam temu bual bersama televisyen swasta.

Arif berjaya mempamerkan prestasi cemerlang apabila meledak satu gol ketika membantu Harimau Selatan menjulang trofi Piala FA dengan menewaskan Selangor FC 6-1 di pentas final pada Sabtu lepas.

Mengulas lanjut, pemain berusia 22 tahun itu mengakui agak bergelut sebelum ini ekoran kecederaan, tetapi kejayaan meraih trofi berprestij itu menjadi memori yang sangat manis buat dirinya.

“Saya agak bergelut kerana baru pulih daripada kecederaan, tetapi Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi kapten pasukan dalam perlawanan sebelum ini.

“Saya percaya pasti ada kenangan manis dan saya dapat jaringkan gol (di final).

“Ini adalah perlawanan yang sukar, tetapi rakan sepasukan telah bekerja keras untuk menang aksi yang berintensiti tinggi kali ini,” katanya.

Arif bakal mengalihkan tumpuan bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya bermula kem latihan pusat, Khamis ini bagi mengharungi saingan Pestabola Merdeka bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI