fbpx

Malaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Mohd Na'im di Facebook rasminya, semalam.

PETALING JAYA – Malaysia membuat permohonan kepada Arab Saudi supaya menambah kuota jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu disampaikan ketika pertemuannya dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, semalam.

Menurut beliau, lawatan kerja rasmi Dr Tawfig itu juga menyerlahkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi kepada keupayaan Malaysia sebagai contoh program Makkah Route pada Musim Haji yang lepas.

“Dalam pertemuan ini, saya telah membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah Haji Malaysia.

“Permohonan berkenaan bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.

“Semoga hubungan baik Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi akan memberikan manfaat kepada umat Islam,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussain.

Dr Tawfiq kini sedang mengikuti lawatan tiga hari ke Malaysia yang berakhir esok bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI