fbpx

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang jadi warisan negara, UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kulasegaran (tengah) menyaksikan penyerahan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang berusia 119 tahun telah selesai dipulihara menjadi warisan negara dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), kejayaan projek menaik taraf dan pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini membuktikan kepesatan negara tidak menjejaskan sebarang warisan dan nilai sejarah.

Malah, KKR berkata, Malaysia memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan secara bijaksana, berkesan, dan mampan bagi manfaat generasi masa akan datang.

“Projek yang dilaksanakan secara konvensional perunding ini melibatkan kos kontrak sebanyak RM18.933 juta dan projek ini telah dimulakan pada 1 Disember 2021 serta siap sepenuhnya pada 13 Julai 2024.

“Projek milik Bahagian Hal Ehwal UndangUndang, Jabatan Perdana Menteri ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan Pengarah Kerja Raya Negeri Pulau Pinang sebagai Pegawai Penguasa,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, satu majlis penyerahan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu dilaksanakan dan disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M.Kulasegaran dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Roslan Ismail yang mewakili Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. – KOSMO! online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI