fbpx

Longkang runtuh di Kampung Kerinchi sebabkan lubang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Satu lubang besar terjadi ekoran kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan kerja-kerja baik pulih kira-kira pukul 10 malam tadi.

“DBKL mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

“Langkah awal seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon di kawasan kejadian kira-kira jam 10 malam tadi,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus berhampiran Masjid India, di sini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI