fbpx

Lelaki mati ditetak, polis siasat kaitan kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mati selepas ditetak dan dikejar sehingga ke Unit Kecemasan Hospital Jasin oleh sekumpulan individu bertopeng, Ahad lalu.

MELAKA – Polis sedang menyiasat jika terdapat penglibatan kumpulan kongsi gelap dalam kejadian seorang lelaki mati ditetak sekumpulan individu bertopeng di Taman Rim Baru, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sehingga semalam, empat suspek berusia antara 20 sehingga 35 tahun berjaya diberkas dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, hasil soal siasat ke atas suspek mendapati kejadian itu didakwa berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan kumpulan berkenaan.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada tangkapan berkaitan kongsi gelap ataupun sebaliknya.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham sebelum ini yang telah berlaku,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun cuba diselamatkan oleh adik lelakinya dengan membawanya ke hospital, namun kedua-dua mereka dikejar suspek sehingga ke Unit Kecemasan Hospital Jasin.

Mangsa yang ditetak disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Jasin pada pukul 10.15 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI