fbpx

Kebolehpasaran murid pendidikan khas di Kedah cecah 74 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail

ALOR SETAR – Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di Kedah mencecah 74 peratus pada tahun lalu, sekali gus mengatasi kadar 71 peratus yang dicatatkan di peringkat kebangsaan.

Pengarah Pendidikan negeri, Ismail Othman berkata, peratusan itu meningkat dari tahun ke tahun, sama seperti pencapaian ditunjukkan dalam bidang akademik di negeri ini.

Katanya, pencapaian ditunjukkan golongan berkenaan tidak perlu diperkecilkan kerana di Kedah juga, terdapat sembilan pelajar MBPK yang mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Mengulas lanjut katanya, terdapat 226 sekolah di negeri ini yang mempunyai MBPK merangkumi 86 sekolah menengah dan 140 sekolah rendah.

“Secara keseluruhannya terdapat lebih 8,000 murid MBPK di Kedah. Mereka sentiasa diberi peluang untuk mendalami pelbagai bidang yang kebanyakannya melibatkan kemahiran seperti jahitan, automotif dan pertanian,” katanya pada sidang akhbar sempena Karnival Kebolehpasaran MBPK peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI