fbpx

Kanada umum cukai 100 peratus terhadap EV China 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EV buatan China, BYD meninggalkan kapal pengangkut kenderaan BYD Explorer No.1 di pelabuhan Bremerhaven, Jerman pada 26 Februari lalu. – AFP 

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan cukai atau tarif 100 peratus tarif ke atas import kenderaan elektrik China semalam, mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) dalam menyekat kebanjiran kenderaan China ke rantau Amerika Utara.

Trudeau menuduh China selaku pengeksport kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia, tidak bermain mengikut peraturan yang sama seperti negara- negara lain, terutamanya dalam aspek standard alam sekitar dan buruh.

Beliau turut mengumumkan cukai 25 peratus terhadap import keluli dan produk aluminium dari China.

AS dan Kesatuan Eropah telah mengenakan tarif ke atas EV China, masing-masing sebanyak 100 peratus dan 38 peratus.

Industri pembuatan kereta Kanada menggaji lebih 125,000 orang dan Ottawa melabur berbilion-bilion dolar untuk menyokong peralihan kepada kenderaan elektrik serta mengukuhkan rantaian bekalan bateri elektrik domestik.

Ottawa juga menyekat pelaburan baharu China dalam sektor perlombongan mineral kritikal milik negara itu.

Pada sidang akhbar di Halifax, Trudeau berkata, pengeluaran berlebihan EV China dan bantuan subsidi besar oleh pemerintah untuk sektor automotifnya ‘memerlukan kami bertindak.’

“Melainkan kami mahu menyertai perlumbaan ini di tempat tercorot, kami perlu bangkit dan inilah yang kami lakukan,” katanya.  – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI