fbpx

‘Jika setuju, dia boleh lafaz’ – Kes cerai Syamsul, Ira ditunda September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah menetapkan 25 September depan bagi sebutan semula kes perceraian pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

GOMBAK — Mahkamah menetapkan 25 September depan bagi sebutan semula kes perceraian pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, kedua-dua pihak perlu hadir pada tarikh tersebut.

“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September, pukul 3 petang.

“Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.

“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, hari ini.

Ditanya mengenai respons Syamsul mengenai tarikh sebutan semula, Azmi berkata pengarah filem Munafik itu akur dengan keputusan mahkamah.

“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini.

“Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu.

“Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi keadaan Syamsul berhubung rumah tangganya yang sedang dilanda badai.

“Pada pemerhatian saya, Syamsul nampak tenang sahaja,” katanya.

Terdahulu, Azmi memaklumkan Syamsul dan Ira tidak hadir ke mahkamah untuk sebutan kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, di sini, hari ini.

Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman.

Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI