fbpx

Ejen ‘counter setting’ KLIA didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang ejen sindiket yang membawa masuk sekumpulan warga asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor esok.

Menurut sumber, lelaki warga Myanmar itu membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.

“Lelaki berkenaan antara 12 individu termasuk lima penguat kuasa sebuah agensi pengutkuasaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Ogos lalu.

“Dia bersama yang lain telah ditahan menerusi Op Pump yang dijalankan SPRM di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Pulau Pinang,” kata sumber itu.

Jelasnya, lelaki itu membayar wang rasuah kepada penguat kuasa menerusi modus operandi ‘counter setting’

“Sehubungan itu, dia telah direman selama lima hari pada 21 hingga 25 Ogos 2024.

“Sindiket ini dipercayai telah bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk udara negara dengan membayar wang rasuah antara RM500 hingga RM2,500 kepada beberapa penguat kuasa,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI