fbpx

‘Dapat PA tak amanah, mulut tiada insurans memang hmm’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Umie Aida menasihati agar rakan selebriti berhati-hati memilih pembantu peribadi.

PETALING JAYA – Susulan pembongkaran ‘tembelang’ pembantu peribadi pelakon Uqasha Senrose, penerbit Datin Seri Umie Aida menasihati selebriti lain agar berhati-hati dalam memilih orang untuk menguruskan kerjaya.

Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 50, turut mengingatkan rakan seperjuangan agar jangan membenarkan pengurus atau pembantu peribadi masuk campur hal privasi mereka.

“Artis kena berhati-hati bila ambil PA (pembantu peribadi).

“Kalau boleh jangan bagi PA masuk dalam kehidupan peribadi kita,” katanya menerusi Instagram.

Penerbit dan pelakon itu juga mengakui seseorang penggiat seni berisiko berdepan masalah andai mendapat pekerja yang bersifat negatif.

“Kalau dapat PA yang tidak amanah dan mulut tiada insurans, hmm (mengeluh). Berhati-hati,” tegasnya.

Perkara tersebut diluahkan selepas mengikuti pendedahan Uqasha berkenaan sikap sebenar bekas pembantu peribadinya yang menceroboh privasi.

Semalam, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu mendedahkan ‘tembelang’ pembantu peribadi apabila tidak sedar dek untung kerana menuduhnya melakukan serangan fizikal ketika berkhidmat dengan aktres terbabit.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha terpalit dengan kontroversi seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu menafikan dakwaan tersebut selain menegaskan dia tidak tergamak melakukan hal sebegitu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI