fbpx

‘Badang’ pikul motosikal naik gunung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Suradi selamba mengusung motosikal di jalan yang curam dan berbukit. - Instagram @pekalonganinfo

JAKARTA – Aksi seorang lelaki di Batang, wilayah Jawa Tengah yang mengusung sebuah motosikal di kawasan pergunungan mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Detik News semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pekalonganinfo, lelaki bernama Suradi itu dilihat melalui jalan yang curam dan berbukit. 

Lebih mengejutkan, dia mengangkat kenderaan itu seolah-olah sudah biasa dan kenderaan itu tidak berat. 

“Seorang penunggang motosikal terbabas ketika melalui jalan curam di daerah Kradenan. Mangsa bagaimanapun selamat dan motosikalnya dibawa oleh penduduk setempat,” demikian menurut keterangan video. 

Menurut perakam, penduduk di kawasan itu sudah biasa mengangkat beban berat seperti kampit kentang. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 321,000 tontonan. Rata-rata, netizen terpegun dengan kekuatannya. 

“Bukan orang naik motor, tetapi motor yang naik orang,” kata seorang netizen. 

“Superman yang sebenar,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI