fbpx

Arkitek cipta reka bentuk Masjid Negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Baharuddin

PETALING JAYA – Salah seorang arkitek utama Masjid Negara, Datuk Baharuddin Abu Kassim, 95, dilaporkan telah meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih pemergian itu telah dikongsikan bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia Prof Sarly Adre Sarkum di laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Jelasnya, Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim.

Katanya, visi dan dedikasi beliau, antaranya diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara yang sentiasa memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.

“Semoga Allah SWT mengurniakan beliau tempat yang tertinggi di syurga dan mengurniakan kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya dalam saat yang sukar ini. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Baharuddin merupakan salah seorang arkitek utama daripada Bahagian Rekabentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang mencipta reka bentuk Masjid Negara.

Dua lagi arkitek adalah Hisham Albakri dan seorang arkitek dari United Kingdom, Howard Ashley.

Pembinaan Masjid Negara bermula 1963 di atas tanah seluas 5.2 hektar itu mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI