fbpx

Arab Saudi giat banteras skim promosi haji haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im (kanan) dan Dr. Tawfiq Fawzan pada sidang akhbar bersama di Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfig Fawzan Muhammed AI-Rabiah menasihatkan rakyat Malaysia untuk menggunakan agensi rasmi Lembaga Tabung Haji (TH).

Katanya, perkara itu penting untuk memastikan perjalanan haji dan umrah selamat serta berjalan lancar.

“Kami sedang giat membanteras skim promosi haji haram dengan kerjasama kerajaan Malaysia. Kami berdiri teguh memberi komitmen terhadap keselamatan dan keselesaan para jemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya juga menambah baik perkhidmatan kepada para jemaah dengan menawarkan perkhidmatan tambahan aplikasi Nusuk yang tersedia dalam Bahasa Melayu tidak lama lagi.

Pada tahun lalu Arab Saudi telah menjadi tuan rumah kepada 34,753 jemaah haji dari Malaysia dan menerima 280,000 jemaah umrah.

Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, lawatan rasmi Tawfiq akan terus mengeratkan hubungan diplomatik Malaysia dan Arab Saudi.

“Kami mempunyai perbincangan yang baik mengenai kerjasama masa depan antara dua negara.

“Saya berharap pertemuan ini akan membawa lebih banyak kemudahan dan keselesaan untuk para jemaah kita dalam perjalanan haji dan umrah mereka,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa negara ini amat menyokong langkah ketat yang dibuat oleh Arab Saudi termasuk mengenakan penalti terhadap mereka yang melanggar peraturan.

Jelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang melaksanakan Laluan Mekah atau Makkah Route melalui program rintisnya pada tahun 2017.- katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI