fbpx

Agong kurnia watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara, hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia yang dilantik ialah Datuk Mohd. Tarid Sufian (Duta Besar Malaysia ke Mesir), Datuk Mohd. Aini Atan (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam), dan Sarimah Akbar (Duta Besar Malaysia ke Sweden).

Turut menerima watikah pelantikan ialah Faizal @ Mohd Faizal Razali (Duta Besar Malaysia ke Qatar) dan Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin (Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu).

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan watikah pelantikan kepada Ahmad Irham Ikmal Hisham (Duta Besar Malaysia ke Peru) dan Mohd Shuhada Othman (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh).

Hadir sama ke majlis istiadat berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohammad Hassan dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI