fbpx

757 projek perumahan terbengkalai bernilai RM147.28 bilion berjaya dipulihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Athirah (depan) mengadakan lawatan tapak TFST ke projek perumahan swasta terbengkalai di Taman Desa Anjung Putra, Sepang hari ini. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/ KOSMO!

SEPANG – Sebanyak 757 projek perumahan terbengkalai membabitkan kira-kira 89,165 unit rumah berjaya dipulihkan bermula akhir 2022 sehingga Julai lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kesemua projek itu membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM147.28 bilion.

Beliau berkata, kejayaan itu diperolehi hasil usaha Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Bagi pencapaian TFST bagi tempoh awal tahun ini sehingga penghujung Julai lalu, sebanyak 305 projek iaitu 35,468 unit perumahan swasta telah berjaya dipulihkan dengan GDV RM23.46 bilion.

“Jumlah projek yang berjaya dipulihkan ini merangkumi 286 projek yang telah mendapat Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat projek perumahan swasta terbengkalai di Taman Desa Anjung Putra, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI