fbpx

2 lelaki tular gaduh di Simpang Kampung Juru sudah berbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular terbabit.

SEBERANG PERAI – Kes pergaduhan yang tular antara dua lelaki di Simpang Kampung Juru, Bukit Tengah di sini hari ini berjaya diselesaikan dengan cara baik.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya telah terkesan dengan satu video yang dimuat naik pemilik akaun Facebook mengenai pergaduhan antara dua pemandu pada pukul 8.10 pagi tadi.

“Kejadian itu membabitkan seorang lelaki yang juga pengadu telah memandu kereta keluar dari simpang tiga lampu isyarat di simpang Kampung Juru, Bukit Tengah dan dikatakan menghalang sebuah bas kilang dari arah sama.

“Pemandu bas kilang membunyikan hon panjang dan tindakan itu menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara kedua-dua lelaki terbabit.

“Polis telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati video terbabit telah dipadamkan oleh pemilik akaun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua pihak yang terlibat telahpun menyelesaikan kes itu secara damai dan pengadu juga tidak mahu meneruskan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI