fbpx

Waspada arus deras sungai di kaki Gunung Jerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Orang ramai dinasihatkan tidak berkunjung ke kawasan perkelahan di sini buat sementara waktu selepas berlaku kejadian arus sungai deras berikutan hujan lebat sejak malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, antara kawasan terlibat adalah Kawasan Peranginan Seri Perigi, Titi Hayun dan Batu Hampar.

“Pihak polis turut dimaklumkan. Pemantauan dilakukan di tiga kawasan itu dan mendapati ada orang awam sedang merakam arus deras sungai di situ.

“Kita bertindak menasihati mereka berkaitan risiko kemalangan dan bencana akibat cuaca buruk sebelum orang awam terlibat beredar dari situ,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Noorhamidi, tinjauan mendapati arus deras berlaku di kawasan itu sejak awal pagi tadi yang turut menyebabkan beberapa anak sungai di kawasan kampung di kaki Gunung Jerai melimpah.

“Penduduk di kawasan kampung itu juga dimaklumkan supaya berada dalam keadaan bersedia untuk dipindahkan jika arus deras berterusan berikutan cuaca di kawasan Yan masih tidak menentu.

“Mereka turut diminta berjaga-jaga dengan memindahkan barang dan dokumen penting ke tempat selamat selain maklumkan kepada kami jika berlaku kenaikan paras air luar biasa di sungai berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI