fbpx

[VIDEO] ‘Terima kasih orang baik, pandai adik minta tolong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta terjatuh ke dalam sungai.

PETALING JAYA – Tular video sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita bersama tiga orang anaknya terjatuh ke dalam sungai di Bagan Serai, Perak.

Menurut video yang dimuat naik di TikTok @Mrkay, kereta wanita tersebut terbabas melanggar tiang dan kemudian jatuh ke dalam sungai.

Dalam suasana cemas itu dengan tangisan anak-anaknya yang masih kecil kelihatan beberapa penduduk kampung menyelamatkan mereka dalam kereta yang hampir tenggelam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan syukur kerana kesemua mangsa selamat dan berterima kasih atas tindakan pantas menyelamatkan mereka.

“Syukur alhamdulillah akak dan anak-anak semua selamat. Terima kasih kepada abang-abang semua yang membantu menyelamat,” kata insan terpilih.

“Terima kasih orang baik, pandainya adik yang lelaki tu minta tolong,” kata Nida Norlida.

“Ya Allah menangis pula aku tengok video ni. Mesti trauma akak tu sebab melibatkan anak-anak kecil pula tu. Terima kasih abang-abang hero semua,” kata damianaJun.

Sehingga kini, video berdurasi 35 saat itu telah ditonton tujuh juta dan mendapat tanda suka sebanyak 361,000.- KOSMO! ONLINE.

@_mrkay_Akak ni terbabas langgar tiang lampu then jatuh ke sungai..nasib baik abg ni ada..tq org baik

♬ original sound – Mr kay

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI