fbpx

[VIDEO] Gara-gara monyet melintas, enam sekeluarga terjunam ke parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyelamatkan mangsa di sebatang parit di laluan FT147 KM15 Jalan Selama-Bagan Serai kelmarin. - Foto MEDIA SOSIAL

BAGAN SERAI – Enam penumpang kereta jenis Proton Iriz berdepan detik cemas setelah kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit di Kilometer 15, Jalan Selama-Bagan Serai di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, nahas berlaku apabila kereta dipandu seorang wanita menghala ke arah Bagan Serai itu mengelak sekumpulan monyet yang melintas di laluan tersebut.

“Selepas mengelak haiwan liar, kenderaan itu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam parit yang terletak di kanan jalan.

“Kesemua mangsa termasuk empat kanak-kanak berusia setahun hingga 13 tahun terjatuh dalam parit dan diselamatkan orang awam,” katanya hari ini.

Menurut Juna, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dibenarkan pulang pada hari sama.

“Pemandu kereta telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Terdahulu, sebuah video berdurasi 35 saat tular di media sosial memaparkan beberapa orang dewasa terjun ke dalam parit bagi menyelamatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI