fbpx

[VIDEO] Arif Aiman ‘diperguna’ peminat Faisal Halim, Akhyar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Sadha (tengah) ketika dalam temubual yang diadakan sebuah konti radio tempatan, hari ini.

PETALING JAYA – “Tolong kirim salam dekat Akhyar Rashid dan Faisal Halim,” Demikian pesanan yang dibuat peminat cilik Selangor ketika berbual dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Kanak-kanak bernama Sadha itu berpeluang beramah mesra dengan Arif Aiman menerusi temu bual khas yang diadakan di sebuah konti radio tempatan pagi tadi.

Sadha sebelum ini tular di media sosial kerana duduk di tempat penyokong JDT dalam perlawanan akhir Piala FA walaupun dirinya peminat kelab Selangor FC.

Dalam temu bual itu, pada mulanya Sadha bertanya kepada Arif Aiman kenapa JDT menewaskan pasukan kegemarannya, Selangor FC dalam perlawanan tersebut.

Arif Aiman kemudian menjawab dengan tenang bahawa adat perlawanan ada yang kalah, menang atau seri.

Pengacara radio bertanyakan kepada Sadha sekiranya kanak-kanak itu mempunyai sebarang kata-kata yang ingin diucapkan kepada Arif Aiman.

“Nak cakap dengan Faisal Halim sebenarnya. Tolong kirim salam pada Akhyar Rashid dan Faisal Halim,” kata Sadha sambil menambah dia mahukan jersi penyerang berbisa JDT, Bergson Da Silva daripada Arif Aiman.

Jawapan Sadha bukan sahaja mengundang gelak tawa pengacara radio, malah pengguna media sosial yang mendengar perbualan tersebut turut berasa geli hati dan terhibur.

“Banyak betul dia bagi pesanan pada Arif Aiman. Kirim salam pada Faisal dan Akhyar, lepas tu nak jersi Bergson. Hahaha, ingatkan nak minta jersi Arif Aiman!,” komen Azlin.

“Arif Aiman dipergunakan oleh adik Sadha ni demi kepentingan dan impian dia hahaha!,” komen Redzlan.

“Rasanya kena bawa adik ni jumpa semua pemain kesayangan dia, baru rasa puas hati. Hahaha, comel!,” komen Anis Jannah pula.

Sebelum ini video Sadha tular kerana menyatakan sokongan kepada Selangor FC, sedangkan dia berada di tempat duduk penyokong JDT.

Kecomelan Sadha turut dipuji kerana minat mendalamnya terhadap sukan bola sepak sehingga mengalirkan air mata apabila JDT mendahului dengan mata 1-0. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI