MODEL yang lantang menyuarakan tentang pandangannya terhadap nasib rakyat Palestin, Bella Hadid kini mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Melancarkan wangian pertama yang diberi nama Orebella, pemilik nama lengkap Isabella Khairiah Hadid itu mengakui nama tersebut merupakan cerminan kepada personaliti dirinya.
Malah, dia memberitahu, idea untuk menghasilkan wangian itu dibuat secara spontan tanpa dirancang.
“Saya tidak pernah mempunyai wangian yang membuatkan saya taksub.
“Jadi disebabkan itu saya mula menciptanya sendiri dan terlahirlah Orebella. Kesemua wangian ini menggambarkan tentang perasaan dan pengalaman saya sebelum ini,” katanya.
Terdapat empat jenis wangian iaitu Window2Soul, Salted Muse, Nightcap dan Blooming Fire.