fbpx

Tengok anak raja kahwin, Siti teringin tengok anak sendiri naik pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Nurhaliza meluahkan keinginan diberikan kesempatan melihat hari bahagia anak-anaknya suatu hari nanti.

PETALING JAYA – Ibu mana yang tidak mahu melihat hari bahagia anak sendiri. Hal sama dilalui penyanyi terkenal negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Terkesan menyaksikan istiadat persandingan Puteri Sultan Pahang, naluri keibuan Siti Nurhaliza terdetik untuk melihat kedua-dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Afwa mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

Biarpun anak-anaknya masih kecil, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, turut berharap diberikan kesihatan dan usia yang panjang agar dapat menyaksikan kedua-duan anaknya itu ke jenjang pelamin.

“Sambil tengok sambil kepala kami pun berfikir.

“Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak nanti naik pelamin,” katanya menerusi InstaStory.

Perkara tersebut diluahkan semasa melihat istiadat persandingan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang semalam.

Dalam masa sama, pelantun lagu Nadi itu turut mendoakan agar anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa dipertemukan dengan jodoh yang baik.

“Semoga dipertemukan jodoh yang baik. Amin, Ya Rabb,” tuturnya ringkas.

Kehadiran Siti ke istiadat persandingan diraja bukan sekadar sebagai tetamu tetapi sempat mempersembahkan beberapa lagu seperti Dengarkanlah (nyanyian asal Dimansyah Laitupa), Bukan Cinta Biasa dan Endless Love berduet bersama pengacara majlis, Hardy Arbi.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K pada 21 Ogos 2006.

Selepas lebih sedekad, Siti akhirnya menimang cahaya mata sulung bernama Siti Aafiyah menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Empat tahun kemudian, Siti melahirkan anak keduanya iaitu Muhammad Afwa pada Ogos 2020 menggunakan kaedah sama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI