fbpx

Tempoh reman lelaki kelar isteri, dua anak disambung tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempoh reman lelaki Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya disambung tujuh hari sehingga 2 September depan.

ALOR SETAR – Tempoh reman lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya di sebuah bangunan terbiar di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, di sini pada minggu lalu disambung tujuh hari lagi sehingga 2 September depan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Syifa Mohd. Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini

Siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Akhbar sebelum ini melaporkan perbuatan kejam suspek mengelar leher isterinya berusia 34 tahun dan dua anak sehingga mati dengan menggunakan sebilah parang di bangunan terbiar pada 18 Ogos lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI