fbpx

Tanah jerlus: Kerajaan teliti penyelenggaraan saliran usang di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan SAR bagi mencari wanita warga India terjatuh dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melakukan siasatan secara menyeluruh dan meneliti aspek penyelenggaraan bagi sistem saliran yang usang di sekitar ibu negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia berikutan kejadian tanah jerlus terjadi disebabkan pergerakan air dalam kuantiti yang banyak di bawah tanah.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen di kawasan Kuala Lumpur, memandangkan banyak utiliti dipasang sekian lama, kalau di Jalan Abdullah itu sejak tahun 1940-an. Maka, wajar untuk lakukan siasatan dan meneliti aspek penyelenggaran bagi utiliti tersebut.

“Ini antara yang sebut kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri (Maimunah Mohd. Sharif) selain mengenai keperluan untuk meneliti pemetaan utiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pentarama dan Kelab Malaysiaku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, faktor geologi selain sistem saliran yang terlalu usang meletakkan Kuala Lumpur dalam risiko dilanda kejadian mendapan tanah.

Jumaat lalu, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarganya untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki menuju ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian itu berlaku.

Mengulas mengenai perkembangan pencarian mangsa, Fahmi berkata, beliau belum menerima sebarang maklumat terkini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedang meneliti pandangan pakar yang menyatakan saliran air Indah Water Konsortium (IWK) akan sampai ke fasiliti Pantai 2.

“Fasiliti itu merupakan pusat kumbahan bagi lebih 1. juta warga Kuala Lumpur dan apapun kita serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya percaya usaha itu akan diteruskan seperti yang telah disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelasnya.

Semalam, Anwar memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terjatuh dan hilang akibat tanah jerlus akan diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI