fbpx

Sultan Nazrin berkenan sampaikan hadiah kepada pemenang Pidato Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) berkenan menghadiri Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh malam ini.

 

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco, kepimpinan dan pentadbiran jabatan dan agensi negeri.

Johan pidato Bahasa Melayu kategori Sekolah Menengah Atas dimenangi oleh Muhammad Qawiem Athif Yuzaidi, dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, manakala johan Bahasa Inggeris dimenangi oleh Teoh Yu Shan, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping.

Lebih 595,493 murid dan pelajar sekolah daripada 12 daerah negeri ini menyertai pertandingan yang diadakan secara tahunan itu bersempena sambutan bulan Kemerdekaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI