fbpx

Sempat hisap rokok sebelum pecah masuk inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video televisyen litar tertutup yang memaparkan wajah lelaki yang didakwa memecah masuk sebuah inap desa di Taman Melati, Kuala Lumpur, kelmarin.

PETALING JAYA – Seorang lelaki sempat menghisap rokok di hadapan sebuah inap desa di Taman Melati, Kuala Lumpur sebelum didakwa memecah masuk kediaman terbabit.

Menerusi beberapa video yang diciap oleh @Mhdnjmii di aplikasi X, kejadian tersebut berlaku kelmarin kira-kira pukul 4.38 pagi.

Di awal video, lelaki tersebut yang memakai seluar jeans pendek bersama baju berwarna kelabu tiba di hadapan inap desa dengan menaiki sebuah motosikal

Kemudian, lelaki itu sempat menghisap rokok sambil matanya merenung dan meninjau kawasan kediaman terbabit seolah-olah mahu memastikan semuanya selamat.

Sebelum dia berjaya membuka pagar hadapan inap desa berkenaan, lelaki itu sempat merenung televisyen litar tertutup berkali-kali sehingga memperlihatkan jelas wajahnya di dalam video tersebut.

Kira-kira pukul 4.44 pagi, lelaki tersebut kelihatan berlari keluar dari inap desa berkenaan sambil memegang satu bungkusan di tangannya.

Menurut pemilik video itu, beberapa barang berharga milik ibu saudaranya seperti gelang emas dan wang ringgit didakwa telah dicuri dalam kejadian pecah masuk itu.

“Hati-hati ya, di kawasan sekitar Taman Melati ada pencuri ni masuk rumah orang. Habis mak cik aku punya gelang emas Allahyarham suami dia bagi kena curi.

“Lepas tu ada duit RM100 dengan ubat doktor pun kena curi sekali. Yang itu tidak kisahlah, tapi paling penting gelang emas tu. Siap hisap rokok lagi sebelum pecah masuk,” ciapnya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 20,000 tontonan, 360 ulang ciap dan 201 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI