fbpx

Selena Gomez, Justin Bieber kekal bermusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selena Gomez dan Justin Bieber masih bermusuhan sehingga hari ini.

KETERBUKAAN penyanyi Selena Gomez berkongsikan gambar mesra dengan kekasih, Benny Blanco dikatakan telah membuat Justin Bieber ‘panas hati’.

Difahamkan, Bieber yang juga bekas kekasih Gomez tidak menjangka penyanyi lagu Love On terbabit bakal menamatkan zaman bujang.

Menurut sumber, Bieber sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk berdamai dengan Gomez selepas kedua-duanya berpisah secara rasmi pada 2018.

“Bieber sebelum ini memang ingin melupakan Gomez, tetapi tidak berjaya. Dia juga sebelum ini pernah cuba untuk berbaik dengan Gomez, tetapi ditolak,” katanya.

Tambah sumber, Gomez memilih untuk tidak berbaik dengan Bieber dan ingin meneruskan kehidupan tanpa ‘terikat’ dengan kenangan silam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI