fbpx

Saintis dakwa selesaikan misteri MH370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah pesawat milik Malaysia Airlines. - Foto AFP

SYDNEY  – Seorang saintis mendakwa bahawa beliau akhirnya berjaya menyelesaikan misteri tentang apa yang berlaku kepada penerbangan Malaysian Airlines MH370, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Penyelidik Universiti Tasmania, Vincent Lynne berkata, beliau juga telah mengenal pasti  ‘lokasi  persembunyian yang sempurna’ di mana pesawat itu terhempas.

Katanya, isyarat yang diterima daripada Boeing 777  yang hilang di Lautan Hindi itu membantu mewujudkan corak penerbangannya sebelum MH370 disahkan hilang pada Mac 2014.

Lynne berhujah dalam artikel yang dijadual diterbitkan oleh Journal of Navigation bahawa isyarat itu dan kajian semula terhadap serpihan pesawat menyokong hipotesis bahawa MH370 berada  dalam kawalan semasa ‘terhempas ke bahagian timur’.

Beliau menyimpulkan bahawa juruterbang MH370 membuat keputusan yang dirancang untuk menghempaskan pesawat bersama 239 orang di dalamnya.

Teori serupa  sebelum ini diketengahkan oleh seorang juruterbang Britain, Simon Hardy.

Namun, Lynne  mencabar teori terdahulu  bahawa pesawat itu jatuh ke dalam laut pada  kelajuan tinggi  selepas MH370 menyimpang dari laluan Kuala Lumpur-Beijing atas sebab yang tidak diketahui.

“Ini mengubah naratif bahawa kehilangan MH370 adalah akibat kehabisan bahan api dan tidak direncanakan, jatuh dengan kelajuan tinggi  kepada insiden terancang oleh  juruterbang yang melakukan ‘kehilangan menakjubkan’ di selatan Lautan Hindi,” jelas Lynne dalam artikel LinkedIn yang menguar-uarkan penerbitan terbarunya.

Beliau kemudian berhujah bahawa kerosakan pada sayap, kepak dan flaperon pesawat itu adalah seperti yang dialami sebuah pesawat komersial milik US Airways, ketika juruterbang, Kapten Chesley Sullenberger terlibat dalam ‘pendaratan terkawal’ di Sungai Hudson dekat Manhattan, pada Januari 2009.

Beliau juga berhujah bahawa penyelidikannya menyediakan lokasi yang jelas di mana pesawat itu mungkin terhempas.

Menurutnya, lokasi tersebut adalah koordinat yang dicatatkan dalam alat simulator penerbangan yang ditemui Biro Siasatan Persekutuan sebelum ini  tetapi dianggap sebagai ‘tidak relevan’. 

Lynne menggesa pencarian dilakukan pada masa depan dengan memberi tumpuan kepada koordinat tersebut di selatan Lautan Hindi.

“Lokasi ikonik yang telah direncanakan itu mempunyai lubang yang sangat dalam, 6,000 meter di hujung timur Broken Ridge dalam persekitaran laut yang berbahaya dan terkenal dengan ikan-ikan liar dan spesies air dalam yang baharu.

“Dengan sisi curam yang sempit, dikelilingi oleh rabung besar dan lubang dalam yang lain, ia dipenuhi dengan mendapan halus iaitu tempat ‘bersembunyi’ (MH370) yang sempurna,” tulisnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI